Tiket bas merupakan satu isu yg tak pernah2 settle sejak kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah, sehinggalah ke pimpinan Najib....
Tiket Bas mula menjadi Isu apabila Pak Lah mengumunkan kenaikan harga minyak secara mendadak sebanyak RM 0.50. keadaan ini juga telah diambil kesempatan oleh pengusaha Bas Ekspress untuk menaikkan tambang bas bagi seperjalanan.
Isu ini dikatakan sebagai satu isu yg masih belum selesai ditangani oleh pemimpin negara. Sejak dari zaman Pak Lah sehinggalah ke zaman Najib.
Pandangan Pemimpin negara
“kita akan kaji semula kenaikan tiket bas ini, buat masa sekarang ni, pengusaha dibenarkan mengenakan surcas bahan api sebanyak 30%” (Menteri yg terlibat)
“kite kenakan surcas bahan api 30% utk menampung kenaikan harga minyak tersebut, dan kite akan dikaji dari semasa ke semasa” (Pemimpin ngra)
“Surcas ni dikenakan utk tiket semasa musim perayaan” (Pengusaha Bas)
Mengapa Isu ini ditimbulkan???
1. Harga tiket merupakan isu yg berpanjangan, harga tiket ini bukan sebarang isu. Dulu2 harga bagi orang yang ingin pulang ke kampung halaman, harga tiket menjadi agenda hangat. Sejak kajian ingin dilakukan sehingga sekarang, tiada perubahan...
2. harga tiket bas dari KL ke Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah boleh mencecah RM 45.00 atau lebih iaitu setelah mendapat kelulusan kenaikan surcaj bahan api sebanyak 30%. Berbanding sebelumnya harga tiket hanyalah RM 30.00 – 35.00.
3. Harga tiket kapal terbang Air Asia ditawarkan dalam akhbar dan TV tiket boleh didapati dari harga RM9.90 (make sure 3 bulan sebelum penerbangan), tetapi sekiranya anda membeli pada musim2 tertentu harga tiket kapal terbang Air Asia boleh didapati dgn harga RM 36.90 (tempahan lewat, bukan musim perayaan atau musim cuti).
Persoalannya :
1. Di mana Hak kami sebagai pengguna, dari dula kerajaan kata nak kaji, smpai skrg tak terkaji???
2. Harga minyak dah turun masa krisis ekonomi (lps debab pemimpin BN & PR), tp tiket bas tak turun2 lagi??? skrg ni harga minyak naik balik, tak kan nk tggu harga tiket naik pulak!!!
3. Pada awalnya surcaj 30% akan dikenakan pd musim perayaan itu sahaja, iaitu semasa raya tahun lepas....tapi tak jugak turun dan skrg ni dah nak sampai raya lagi... bile la nk turunnya...???
4. pada peringkat awal pemerintahan Najib, semasa beliau melawat kawasan Hentian Pudu Raya, ramai org2 kampung, pekerja serta pelajar menjangkakan harga tiket bas akan turun, namun apa yang berlaku sebaliknya, harga tiket bas tak jua turun... ???
Musim Perayaan
1. Harga tiket bas mula tak nak turun
2. harga tiket kapal terbang juga (naik mendadak) sebab nak raya
3. Harga petrol juga naik
4. harga kuih raya naik jugak
5. Tol ???
Hujan – turun, tapi lame2 naik jugak (banjir)
Moral of the story : tumpang la keta kawan, dpt share2 ngn dia, kurang beban beliau dan anda!
p/s : tiket bas balik raya dah abis.....walaupun mahal, tp disebabkan terpaksa, maka...kenalah beli..
Fathi Adha
~Nasib baik tiket raya dah booking~
3 comments:
btul3...tiket sesgt la mahal..huhu...duit tiket 2 ways boleh beli snack plate KFC 8X...huhu
hda xbeli tiket ag...hhhehehe~~~
tiket bas rapid pon dah naik......
Post a Comment