Dalam satu kuliah, (kuliah Agama bersifat Universel pukul 10.oo pagi hari Selasa), Pensyarah tersebut telah menceritakan bahawa beliau menerima SMS drpd rakan mendedahkan perkaitan antara Gempa Bumi di Padang dengan Al-Quran. maka beliau menyampaikan kepada kami semua.
Gempa pertama berlaku di Padang pada jam 17.15, kemudian gempa susulan pada jam 17.58 dan seterusnya gempa di Jambi pada jam 8.15 pagi keesokannya. mari kita hayati bersama-sama.....
Dalam Al-Quran, surah Al-Israa' (Surah ke 17 ayat ke 15) :
17:15. sesiapa Yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka Sesungguhnya faedah petunjuk Yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang sesat maka Sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. dan seseorang Yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah).
Al-Israa' (Surah ke 17 ayat ke 58) :
17: 58. dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya Dengan azab seksa Yang berat; Yang demikian itu adalah tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz).
Surah Al-Anfaal (surah ke 8 ayat ke 52)
8: 52. (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang Yang terdahulu dari mereka. mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka Dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
Renung-renungkanlah wahai sahabat...
Allah Maha Besar
2 comments:
SAlam..
Pernah terbaca dlm blog salah seorang kawan pasal hal ni..sama ada kebetulan atau peringtan..wallahualam..
Allah Maha Mengetahui.
Allah Maha kuasa, segalan yg berlaku telah tertulis....
Post a Comment