Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Thursday, June 23, 2011

Tanjong Pagar: sejauh mane ia akan kekal?

SEREMBAN 23 Mei – Pusat Pemuliharaan Warisan Nasional Singapura hari ini memberi jaminan untuk terus mempertahankan bangunan warisan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Tanjong Pagar di situ daripada dirobohkan. Pengarahnya, Loh Heng Noi menegaskan, perkara itu dimaklumkan kepada kerajaan Singapura dan mereka turut bersetuju supaya ia terus dikekalkan sebagai artifak sejarah perhubungan antara dua negara ini.


"Entiti itu mempunyai sejarah. Ia menghubungkan dua negara iaitu Malaysia dan Singapura".


‘‘Banyak kenangan berlaku di sebalik pembinaan stesen kereta api berkenaan dan di sini saya memberi jaminan, bangunan itu tidak akan dirobohkan, sebaliknya terus kekal sebagai elemen sejarah terpenting,” katanya di Hotel Royale Bintang, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang peserta pada Seminar Muzium dan Kenangan sempena Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan di sini. Katanya, bangunan stesen tersebut dibina pada 1903 yang bertujuan membawa penumpang dari Tanah Melayu ke Singapura ketika itu. Operasinya berterusan sehingga kini dan dijadual menamatkan perkhidmatannya pada Julai depan berikutan pemindahan stesen berkenaan dari Tanjong Pagar ke Woodlands, Singapura.‘‘Kita melihat bangunan ini mempunyai kesan mendalam bagi kedua-dua negara dan simbolik penyatuan serta persahabatan,” kata Heng Noi.Sebelum ini, Majlis Pemeliharaan Monumen Singapura (PMB) mewartakan Stesen Keretapi Tanjong Pagar sebagai monumen kebangsaan, manakala Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) negara republik itu mewartakan Stesen Keretapi Bukit Timah sebagai bangunan yang dipulihkan.

Pada 24 Mei tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Keretapi Woodlands (WTCP) menjelang Julai depan.Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju agar bangunan Terminal Penumpang Stesen Tanjong Pagar dan Stesen Kereta Api Bukit Timah dipulihara atas faktor sejarah.‘‘Ini merupakan satu penjagaan warisan sejarah yang tidak boleh digugat dan perlu dijaga daripada kemusnahan,” katanya.



Ulasan saya

1. isu Tanjong Pagor bukan kali pertama di ulaskan dlm blog ini. sila rujuk link. ia merujuk pada isu yg hangat dan luntur...oleh sebab kekalifan dan kedaifan sumber, maka tidak kesampaian utk menyampaikan hujah dan bukti..

2. isu Tanjong Pagar lebih bersifat isu antara 2 kerajaan yg bertelagah dalam diam, yg berperang di atas kertas, yg bersifat api dalam sekam. dengan termetrai perjanjian antara Malaysia dan Singapura..hasilnya Tanjong Pagar jatuh ke tangan Singapura, yg di katakan menamatkan sengketa 20 tahun Malaysia-Singapura. Banyak perkara yg masih belum di ketahui oleh kita tentang Hasrat Singapura ke atas Malaysia, krisis Malaysia dan Singapura dan banyak lagi projek Singapura di Malaysia.

3. sejauh mane isu Tangjong Pagar akan di jagai sepenuhnya? pernah seseorang memberitahuku, bahawa di Singapura, sejarahnya di jaga dengan rapi..itu kerana hak milik negaranya...bagaimana pula dengan hak luar (Malaysia) yg mereka miliki. Majlis Pemeliharaan Monumen Singapura (PMB) berjanji akan menjaga kepentingan sejarah dan nilainya di Tanjong Pagar. namun sejauh mana ia mampu menjagainya, dengan kepesatan pembangunan dan kekurangan kawasan utk perumahan dan sebagainya di Singapura.


apapun yg berlaku, sekurangnya tinggalkan kenangan Tangjong Pagar itu kepada anak cucu bangsa kami, Rakyat Malaysia...bahawasnya kami pernah memiliki sebidang tanah di negara orang...



jika anda mempunyai info berkenaan dengan isu ini, sila linkkan pada saya. terima kasih.




Fathi Adha
Rawang

5 comments:

Anonymous said...

Oleh kerana perjanjian sudah dilakukan kita hanya boleh berharap ianya dipelihara dengan sebaiknya.

Pengguna.

Fathi Adha said...

persoalanya....sejauhmanakah mereka akan menjaga perjanjian tersebut?

Anonymous said...

bagaimana pula dengan tindakan kerajaan malaysia menyerahkan wilayah perairan negara yang melibatkan medan minyak Blok L dan Blok M kepada kerajaan Brunei?

Anonymous said...

http://anwaribrahimblog.com/2010/06/08/isu-blok-l-dan-m/

Unknown said...

SILA BACA HERPES CURE saya. Hello Semua, saya menyembuhkan saya virus herpes yang dipanggil DOCTOR MOHAMMED, saya dari Florida USA. Saya ingin berkongsi kesaksian saya kepada orang ramai mengenai bagaimana lelaki hebat ini memanggil Dr Mohammed menyembuhkan herpes saya. Saya telah menjadi pesakit HERPES selama lebih dari A TAHUN DAN DUA BULAN dan saya telah sakit hingga saya berjumpa dengan wanita ini ketika saya pergi ke Belanda untuk temubual yang pernah menjadi pesakit herpes, saya menjelaskan setiap perkara kepadanya dan dia Memberitahu saya bahawa terdapat DOCTOR Besar ini yang membantu beliau mengubati herpes dan dia memberikan saya alamat e-melnya untuk saya hubungi dan saya lakukan seperti yang diarahkannya. Dan Dr memberitahu saya berapa banyak untuk membeli ubat herba herpes dan bagaimana saya akan mendapatkannya, yang saya lakukan. Dan dia menghantar saya ubat herba melalui PERKHIDMATAN KURSUS UPS dan saya menggunakannya mengikut arahannya Dan untuk kejutan saya yang paling besar bahawa saya mengambil ubat herba Herpes hanya selama 2 minggu dan lihatlah saya pergi untuk ujian herpes, kerana kejutan saya yang paling besar untuk Doktor mengesahkan saya untuk herpes percuma dan mengatakan bahawa saya tidak lagi mempunyai herpes dalam sistem saya dan sehingga sekarang saya tidak pernah merasakan apa-apa sakit atau gejala herpes, jadi saya katakan saya mesti memberi kesaksian kebaikan lelaki ini kepada orang ramai untuk jika anda Terdapat melayari dari masalah Herpes ini atau mana-mana penyakit maut atau penyakit lain kerana saya akan menasihati anda untuk menghubunginya di e-mel kerja:
(Herbalcure12@gmail.com) berbual atau dipanggil whatsapp +2349036036397 dan saya memberi jaminan bahawa dia akan membantu anda sama seperti yang dilakukannya untuk saya baik-baik saja

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails