Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Wednesday, February 9, 2011

cerita sebuah kehidupan 2

ini sekadar story

pagi2 lagi aku sudah bangun...sambil termenung, bukan memikirkan masalah kerja, tetapi memikirkan masalah kehidupan aku, aku bagai di landa sebuah musibah, hidup jauh di bumi orang, aku tidak ada panduan...berkali2 aku mengangkat phone dan cuba mendail nombor tertentu...berkali-kali aku cuba, tiada jawapan, hanya nada "turt...turt" saja kedengaran. aku memandang sekeliling, lalu kuluhan berat aku lepaskan, aku tidak menyangka aku akan tinggal di sini. bumi ini indah, tapi bukan milik aku, aku hanya menumpang di bumi Allah ini..

aku memandang ke luar tingkat, matahari belum keluar lagi, aku mencapai sehelai tuala lalu bergegas ke bilik mandi, sampai di sana, kelihatan seorang lelaki berbadan sasa memandang aku....dia menegur aku, "U are...." belum sempat dia menghabiskan kata-kata, aku menjawab memperkenalkan diri, kemudian aku berkata "im just now working here"... tetiba aku mati ayat...dah lama aku tak speaking.

setiba di tempat kerja, aku memulakan rutin harianku, setengah jam kemudian aku mendegar mereka sedang bising melakukan kerja, aku cepat2 melihat mereka...

ku sangka kan ape yg dah terjadi, rupanya mereka hanya bercanda...bercanda di pagi hari? tp gurauan mereka itu bukan tahap kebiasaannya manusia, ah, lantak la korang, buat la story ape pun, jgn cari pasal ngn aku sudah. aku bekerja di sini kerana Allah memberi ruang kepada aku untuk membimbing golongan yg ada di sini, tp mampukah aku beribadah dan membimbing mereka? sekali lagi aku menghembuskan nafas yg berat.


ketika matahari berganjak senja, aku terpandang jam di dinding, 4.45 ptg, lagi 15minit utk aku habiskan waktu. kemudian aku melihat rakan sekerja ku, salim menghentak-hentak komputernya dan berkata dgn suara yg kasar, "celaka betul, time ni la nak jadi masalah, pagi2 tak nak jdi" aku yg dari tadi melihatnya kemudiannya memberanikan diri utk bertanya masalahnya, pelahan-lahan aku bertanya "abg, knapa ni?" salam memandang aku, acuh tak acuh, "ni ni, komputer masalah" dengan sebuah senyuman, aku menghampirinya dan berkata, "nak sy tolong?"

setelah ku teliti, rupanya aku tidak dapat membantu, aku sekadar tersenyum tawar, maaf bang, sy tak dapat bantu, lalu aku meminta diri utk keluar dahulu. salim memandang aku berlalu pergi


di luar bangunan, kelihatan cuaca beransur mendung, semaking gelap, awan kelabu berarak menandakan hari bakal hujan, sekali lagi aku mendail no. di te telepon ku, namun tetap hampa, tiada sahutan di jawab. aku mencuba beberapa kali, sehingga kedengaran suara di telinga ku..."nombor yg anda dail, tidak dpt di hubungi, sila dail sekali lagi" cepat2 aku menekan butang merah, dalam hatiku bersarang sumpah seranah, "ada tepon tak mo angkat, lalu aku pun memikirkan positif, barangkali tak abis meeting?" sekadar menyedapkan hati.

setelah mencuba beberapa kali, aku dapat menghubunginya. barulah aku benar2 rasa senang hati. kemudian aku melangkah pelahan-lahan untuk pulang ke rumah.


hati ku senang, tetapi tidak tenang...apakah yg membuatkan aku tidak tenang? mampukah aku menghadapimya?

sila ikuti sambungannya pada episod akan datang

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails