Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, March 21, 2011

krisis Timur Tengah: antara perang dan kebenaran

salam alaik..

sesempat tadi, aku mengodek laman sesawang, maka terjumpalah beberapa berita yg aku sendiri sedang mencari kebenaran.

Isu berkenaan krisis Timur Tengah, di Mesir telah berlaku kebangkitan rakyat menentang kerajaan, begitu juga dengan Tunisia, tidak terlepas beberapa kawasan di Timur Tengah menjadi sasaran rakyat bangkit menentang pemerintahan.. apa sudah jadi?

MESIR: rakyat menentang Hosni Mubarak, siapa dalangnya? dah bertahun dah Hosni Mubarak memerintah, hanya dengan melantik Naib Presiden dan seorang menteri yg di kata "bermasalah" menjadikan satu kebangkitan rakyat? logik kah? atau sudah ada racun2 yg sedang menunggu masa utk mengyengat?


LIBYA: rakyat bangkit menentang Muammar Gaddafi, ape yg Gaddafi buat sampai rakyat menentang mereka? lagi menarik penentangan terhadap Gaddafi merupakan satu puak yg terancang, mempunyai senjata yg canggih serta tersusun (organise) siapa yg bantu mereka dari belakang? beberapa kawasan (bandar penting, juga turut di rampas pemberontak),

- siapa yg patut bertanggungjawab dalam soal ini?


BAHRAIN, YAMEN, TUNISIA, ??

pernahkah anda tahu, mengapa Timur Tengah begitu PENTING?


1. Pusat Agama - hampir semua agama besar dunia dimulakan di sini. (Islam, Kristian, Yahudi)

2. pusat dunia - penghubung antara timur dan barat - Terusan Suez (di Mesir) dianggap jambatan kpd 3 benua, Afrika, Asia dan Eropa, sesiapa yg berjaya menguasai kws ini, akan dapat menguasai dunia dr segi politik dan perdagangan. sebab itulah Timur Tengah tidak akan aman.

3. sumber minyak dunia. di Timur Tengah ni, sumber minyaknya masih banyak dan menjadi rebutan para pihak2 kuasa Besar spt Amerika Syarikat, Britain, Perancis (dgn kata puak NATO). Kuasa-kuasa besar tiada pilihan kecuali mengukuhkan kedudukan mereka di sini.

kira2 lebih 200 ribu askar Amerika di Timur Tengah pada masa kini, pengkalan tentera pun ada jugak.

4. tidak stabil - Timur Tengah merupakan wilayah yg tidak akan pernah aman. selagi ada kuasa2 besar di Timur Tengah, selagi itu mereka akan merancanakan agenda utk menwujudkan "keamanan". Kuasa2 Besar seperti Amerika akan "menjadi Hero" dalam mewujudkan keamanan di Timur Tengah.

5. Peranan Amerika Syarikat. AS tidak mahukan ada pihak lain yg akan menjadikan kuasa baru di Timur Tengah yg tidak menurut "katanya".


Krisis di Timur Tengah benar2 membimbangkan AS kerana terdapat beberapa Pangkalan Tentera di Timur Tengah. Armada kelima (US Navvy) berada di Bahrain, AS telah menguasai beberapa negara di Timur Tengah (merupakan Boneka kepada AS). seperti Mesir (satelit Amerika di Timur Tengah),

sedangkan Krisis di Timur Tengah juga merupakan perancangan yg di buat oleh Amerika, sedangkan dalam masa yg sama AS juga merupakan pemerintah kepada boneka-bonekanya. AS menjadi duri kepada semua daging2 dan bila sampai masanya AS juga akan menjadi hero kepada Boneka-bonekanya.

apa yang membimbangkan Amerika ialah...sekiranya revolusi Rakyat di Timur Tengah itu menjadi seperti Revolusi ISlam Iran, maka ia merupakan satu beban yg cukup indah bagi Amerika Syarikat utk menanganggungnya.


Revolusi Iran (sila Klik sini) secara umumnya merupakan satu bantuk perjuangan berbentuk Agama dalam menentang kezaliman pemerintahan Shah Iran. Dalang kepada kebangkitan Rakyat di Iran adalah Amerika Syarikat, kerana AS sudah tidak mampu mengawal kezaliman regim Shah. namum kebangkitan Raykat pula tidak dapat di halang oleh AS, sehingga kini, Iran tidak menjalinkan hubungan dagangan dan politik dengan Amerika Syarikat. Iran juga terpaksa menghadapi sekatan ekonomi daripada AS.


Kini, tiba masa anda (para pembaca) utk menilai tentang kebangkitan Rakyat di Timur Tengah. Tentera Bersekutu (AS dan sekutunya) membedil Libya, itu tandanya Tentera Bersekutu dah tak suka pada Muammar Gaddafi.


setelah menulis, tibalah giliran pembaca utk menilainya.

sekian.

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails