Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Thursday, June 18, 2009

Satu Perjalanan

A Travel day:
Dari Kota Bharu Ke Bangi, UKM


Kota Bharu
Dlm kul 3.30 ptg, aku bersama dgn keluargaku keluar dari perkarangan rumah Tok Wan aku, selepas menghadiri kenduri kawen Ayah Su (adik bongsu emak). Kemudian, Abg Ipar ku tdk membawa kami pulang terus ke rumah, sebaliknya singgah di Pantai Irama Bachok, Kelantan utk bersantai dan rehatkan minda.


Pantai Bachok
Pantai yg menarik, dikenali dgn nama pantai Irama Bachok. Sesuai dgn panggilan itu, aku telah menghabiskan masa lbh krg 1 jam di situ, iaitu melihat2 sekitar kawasan pantai...

Kat Pantai ni, nk cuci mata pun susah, jd kami pandang laut lepas je lah...pas tu kira ombak, kira pasir2 kt tepi pantai serta melihat org2 yg berada di sekitar smbil menikmati aiskrem...


Jertih
Di Jertih aku tak de bt ape, just tggu bas utk ke KL pd mlm tu jugak... bas yg aku naik (sani eksperess) lewat dr jadual selama 1 jam (tah ape la yg diorang bt kt tgh jalan).
Walau apa pun, aku tetap naik bas tu gak...setia menunggu. Bass tersebut menuruskan perjalanan sehingga ke Hentian Putra, Kuala Lumpur.


Hentian Putra, Kuala Lumpur
Aku sampai dlm jam 5 pagi, masih terlalu awal utk solat subuh, masih terlalu awal utk ke rumah sepupuku, masih terlalu awal utk bt aktiviti ku. Oleh itu, aku hanya ber’sms’ dgn seorg kenalan baru (berkenalan dlm bas semasa perjalan ke KL).

Lama yg tdk berasa lama, krn sudah 5 lebih, hanya tggu azan subuh, kemudian solat subuh dan terus ke stesen Komuter Putra. Semasa di stesen itu, aku melihat sekeliling, begitu ramai manusia yg sedang menunggu hari siang. Aku hanya menunggu waktu subuh shj sblum meneruskan perjalananku..


Seri Setia (Petaling Jaya)
Sesudah solat subuh, aku membeli tiket komuter ke Seri Setia (kawasan plg hampir dgn rumah sepupu ku. Sesampai di Seri Setia, aku melihat kawasan yg begitu sunyi dan seperti tdk ada apa2. Kaunter perkhidmatan dan jualan tiket KTM Komuter pun tdk ada org jga, tertutup rapi. Aku rasa resah, seperti berada di negara asing.

Aku melihat seseorang sedang beli tiket menggunakan mesin tiket automatik, dlm tempoh 20 minit menunggu barulah sepupuku dtg dgn sebuah kreta. Tanpa melengahkan masa aku terus bergerak ke arah kereta tersebut. Semasa aku melalui mesing tiket automatik, tiba2 seorang lelaki bertanya kpd ku, “bang2, ada syiling tak, tukar singgit?”, aku mejawab “tak de” masa tu aku tdk mempunyai syiling sehingga seringgit, yg aku ada hanya 30 sen itu pun baki tiket dr KTM Putra – KTM Seri Setia.


Shah Alam
Jam 12 tgh hri aku dan sepupuku telah bertolak ke Shah Alam (rumah kakaknya). Di Shah Alam, begitu jauh dari bandar dan merupakan kawasan perumahan yg baru di buka. Aku melihat sekitarnya, kawasan rumah dan rumahnya yg begitu indah dan sangat tenang utk keluarga yg harmonis (memang best la tempat tu). Sebagai pelancong baru di kawasan tersebut, aku memuji kawasan itu sebagai tempat yg cantik dan eksklusif.


Kajang
Kemudian, pada jam 2 petang, aku telah pergi ke kajang (Gaint Kajang) tempat sepupuku menjalankan perniagaan (lot kedai telefon di Giant Hypermarket, dkt dgn Kolej Kemuniti Hulu Langat). Sempat juga aku melawat rumahnya yg terletak tdk jauh dari situ. Kemudian aku telah ke berputar2 sekitar Giant Kajang dgn membeli beberapa keperluan harian sebelum aku ke Bangi.






Bangi, UKM
Jam 8.35 malam, aku telah sampai ke UKM Bangi, aku ,melawat bilik kawan2 yg duk kt UKM. Kemudian aku melilau2 sekitar UKM. Tak lama lgi aku akan pulang ke kampung, hanya dtg ke KL utk kenal rumah baru (sepupu) di Shah Alam. Alhamdulillah, cita2 dan harapan tercapai, walaupun penat yg tak tau nk ckp ape...huhu..
DECTAR, UKM Bangi

Dlm masa 2hari, aku telah berjalan dari ke Kota Bharu, Bachok, Jertih, Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, UKM Bangi. Satu perjalanan yg memenatkan.


fathiadha.blogspot.com

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails