Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Sunday, December 20, 2009

Kisah Maal Hijrah : Hijrah Nabi Muhammad S.A.W.

Hijrah Nabi Muhammad S.A.W.

Sebelum berlakunya Hijrah Nabi S.A.W. ke Kota Madinah, penduduk kafir Quraisy telah bermusyawarahnya dalam satu majlis untuk mengekang Nabi Muhammad S.A.W. daripada menyebarkan dakwahnya. Dalam majlis itu yang dihadiri daripada pelbagai Kabilah Kafir Quraisy Arab telah menghantar wakil-wakilnya dalam menghimpun idea untuk menghalang Nabi S.A.W daripada melebarkan dakwahnya. Dalam majlis tersebut telah dihadiri oleh Syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki tua. Dalam majlis tersebut timbul beberapa cadangan untuk menyekat dakwah Nabi S.A.W.

Cadangan pertama daripada satu kabilah kafir Quraisy ialah Nabi Muhammad S.A.W dibuang daerah. Cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Syaitan yang menyamar sebagai lelaki tua. Dalam kenyataan syaitan tersebut sekiranya Nabi Muhammad di buang daerah, maka beliau masih lagi mampu menyebarkan dakwahnya di kawasan lain dan lama-kelamaan Kafir Quraisy juga akan terancam sekiranya dakwah Nabi Muhammad berjaya.

Kemudian kabilah lain pula mencadangkan supaya Nabi Muhammad dihukum penjara. Hukuman penjara akan dikenakan ke atas Nabi Muhammad S.A.W juga tidak dipersetujui oleh lelaki tua tadi yang di samar oleh Syaitan. Alasannya ialah dakwah Nabi tidak akan berhenti di penjara, lambat-laun pengikut-pengikutnya akan membawanya keluar dari penjara dan akan menyebarkan dakwah seperti sebelumnya. Jadi cadangan tersebut ditolak.

Cadangan ketiga datang daripada Kafir Quraisy ialah membunuh Nabi Muhammad S.A.W. dengan cara demikian sahaja dakwah Nabi akan terhenti. Dengan itu dicadangkan pula setiap kabilah menghantar seorang pemuda yang gagah untuk membunuh Nabi pada waktu malam. Dengan cara itu sajalah barulah Abdul Manaf tidak dapat mendakwa mana-mana kabilah Kafir Quraisy. Cadangan tersebut dipersetujui oleh lelaki tua tersebut dan baginya dengan cara itu sahaja dakwah Nabi akan terhenti. Jadi apabila keputusan ini mendapat keputusan sebulat suara, maka setiap kabilah telah menghantar pemuda yang gagah untuk membunuh Nabi dengan perancangan yang rapi.

Sewaktu para pemuda Quraisy yang ingin membunuh Nabi tiba di halaman rumah Nabi, mereka telah merancang dengan penuh teliti untuk membunuh Nabi. Tetapi bila perjuangan yang suci, maka tidak akan ada yang mampu mengatasinya. Allah S.W.T. telah membantu Nabi Muhammad untuk keluar dari rumah tersebut sehingga para pemuda tersebut tidak mampu melihat Nabi Muhammad. Nabi Muhammad S.A.W. berjaya keluar dari Kota Mekah dengan selamatnya dan bersamanya ialah Abu Bakar Al-Siddiq. Mereka berdua menuju ke Madinah dengan menggunakan jalan yang tidak digunakan oleh orang ramai.

1 comment:

Badio Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails