Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Saturday, December 12, 2009

kisah teladan untuk dikongsi bersama

salam kembali

hari ini aku rasa nk bercerita tentang tentang beberapa kisah yang boleh diambil iktibar.

kisah 1

seorang lelaki yang bekerja sebagai nelayan ingin turun ke laut pada pagi itu. memandangkan pada pagi tersebut masih gelap, jadi dia mengambil keputusan untuk berehat di bawah pokok berhampiran dengan kuala sungai. di bawah pokok tersebut beliau mengutip batu-batu besar, dan kemudian mencampaknya ke dalam matahari terbit di kuala sungai. dia melakukan rutin itu sehingga matahari terbit. lontaran terakhir batu-batu besar itu dilihat sangat cantik dan berkilau-kilau, kemudian beliau melihat bahawa batu-batu tersebut mempunyai kilauan. rupanya batu-batu tersebut adalah permata yang bertaburan di kawasan itu.

alangkah beruntungnya jika beliau tidak membaling batu permata tersebut. so kesimpulannya janganlah membaling batu di dalam gelap.



kisah 2

seorang lelaki kaya tinggal di sebuah kampung. beliau memiliki ladang-ladang yang banyak dan juga besar serta dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang indah dan cantik. suatu hari datang seorang lalaki pengembara yang telah bercerita kepada pemilik ladang tersebut tentang lombong emas dan permata di suatu kawasan. pengembara tersebut telah berkata bahawa lombong emas dan permata itu berada disatu kawasan di dalam negeri tersebut. tanpa berfikir panjang, lelaki pemilik ladang itu mempercayai kisah tentang lombong emas dan permata. lelaki tersebut berusaha mencarinya. beliau menjual segala hartanya untuk mengembara mencari lombong emas dan permata tersebut. beliau menjual ladang-ladangnya itu kepada seorang lelaki dermawan di daerahnya.

pemilik ladang tadi telah mengembara hingga ke serata negeri mencari lombong emas dan permata itu, namun beliau masih belum jumpa sehingga beliau menjadi papa kedana kerana inginkan mencari lombong tersebut.

pada kisah yang lain, lelaki yang dermawan yang membeli ladang tersebut telah berjalan-jalan sekitar ladangnya, beliau melihat seluruh isi ladangnya itu hingga ke hujung. ketika ingin pulang ke rumah, beliau terpandang kilau-kilau batu di sekitar di hujung ladangnya itu. hujung ladangnya rupanya mempunyai sebuah lombong emas dan permata. dengan kuasa ilahi, beliau telah mengusahakan lombong tersebut dan menjadi kaya-raya, namun sikapnya yang dermawan telah menambahkan lagi kekayaannya.

hikmahnya, janganlah kita membuang apa yang kita miliki.

kisah 3

Ketua yang baik, tetapi mempunyai sikap yang pemarah dan gagal mengawal perasaan. beliau sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat. suatu hari ketika mengadakan mesyuarat, beliau yang tidak berpuas hati dengan seorang anak buahnya telah memarahi anak buahnya itu di depan khalayak ramai. sehingga membuka keaiban anak buahnya itu. sikapnya itu telah menyebabkan pengikut-pengikutnya mula merasa sangsi kepadanya dan lama-kelamaan pengikutnya semakin berkurangan dan yang tinggal hanyalah beberapa orang sahaja yang mahukan kepentingan daripaadanya. semua rakan-rakan seperjuangannya yang setia dan sanggup berkorban telah melarikan diri dan langsung tidak mahu menemui ketua mereka itu lagi.

akhirnya beliau baru menyedari hakikat yang sebenar. beliau tersilap. beliau mengetahui bahawa orang-orang yang digelak sahabat sudah tidak mempercayainya lagi.

terlajak perahu boleh reverse @ U-Turn, tp terlajak kata.. dah masuk dalam jiwa orang lain.


itu adalah kisah2 yang hampir sama sempat kongsi dengan pembaca sekelian. sudah sekian lama aku mencari mood ini untuk bercerita tentang hakikat sesuatu yang kita miliki, tetapi kita tidak tahu apakah hikmahnya sebelum ini. kisah ini adalah cerita yang pernah aku dengar sebelum ini. masa aku baca email, aku mendapati bahawa ada la kata2 mcm ni :

the stone after the throw!
the word after it's said!
the occasion after the lost!
the time after it's gone!

itu lah perkara yang kita tidak boleh dapatkan kembali.. ia hampir sama dengan kisah aku tadi.

p/s: hari minggu yang busy??

2 comments:

joegrimjow said...

kisah petama tu
antara moral lain
gunakan lampu suluh ketika dalam gelap

Fathi Adha said...

mcm penah dgr je pasal moral gunakan lampu suluh ketika dlm gelap...

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails