Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Wednesday, March 30, 2011

adakah aku silap percaturan?


salam..

hari ini, aku rasa kurang sedap utk bekarja, terasa badan panas2 sejuk, bukan nak deman, tp rasa tak sedap. barangkali ada perubahan angin lalu. antara eleman di luar bercampur dengan eleman dalam badan sehingga menghasilkan sebuah tenaga yg terpendam.

badanku yg panas2 suam ini menghasilkan sebuah tenaga baru yg menghasilkan keadaan tidak selesa dan tidak menentu.

di saat tubuh aku menghasilkan tenaga yg luar biasa, mindaku jadi ligat berputar mencari sesuatu yg harus ku lempiaskan.

dalam keadaan diriku uncontroler, kekuatan tenaga sampingan itu mengjadikan aku terpaksa melepaskan tenaga tersebut dalam bentuk kegembiraan atau dalam kemarahan. ternyata pada masa tersebut ada satu kesilapan yg dilakukan oleh seorang pekerjaku, dengan yg demikian, aku melepaskan segala kemarahan itu padanya.


tetiba muncul plak pekarja aku yg sorang lagi, pun buat onar jugak...terus la aku taram mereka berdua. biar mereka rasa jugak!!!

tp sayang, aku melakukan satu kesilapan. sepatutnya aku halau je diorang tu. itu lagi baek dari aku biarkan mereka ada di depan mataku. sekian.

kadang2 angin panas itu tidak baik, cepat2 aku beristiqfar.

"Ya Allah, jauhkan aku dengan perasaan marah, sesungguhnya marah itu adalah sifat Iblis"...

Tuesday, March 29, 2011

mencari hakikat sebuah kebenaran..

salam..

aku termenung beberapa seketika selepas membaca masej yg di sampaikan. terasa berat hatiku. namun aku tidak pula menunjukkan yg aku sedang dilanda masalah, dengan selambe aku masih lagi keluar, mencari sesuatu yg lebih baik.

berjalan di bawah sinar mentari sesungguhnya memberikan kekuatan luar biasa kepadaku. aku rasa aku makin gagah berjalan sambil badan di sirami keringat. kugagahkan langkah menuju ke destinasi.

setiba di destinasi, aku melihat kira dan kanan, ternyata, semangat aku tidak sekental kemahuanku. seketika aku melilau-lilau. tidak ketemu apa yg aku cari.

akhirnya tanpa arah dan tuju, aku berjalan melewati kawasan pameran...sedang berjalan, aku terbaca masej di teleponku...ringkas sahaja tulisannya..

"Fathi, ko cuti esk"

terkejut aku, eh, dah la ari ni aku mintak cuti, esk pun dapat cuti gak, lusa kerja blah petang. huh, memang masyuk la. klu mcm tu, aku tak kan balik ke Rawang, aku nak tenangkan fikiran aku di mana2 tempat yg sesuai utk diriku. aku nekad! biarlah hati ini yg memandu diriku ini..

akhirnya aku memilih keluar dari KL, jauh dari Rawang. biar aku pergi membawa diri...


sebelum aku mengakhiri coretan ini, aku ingin menyatakan betapa derita yg aku tempuhi, aku tahu "kau" juga mengalaminya. aku tidak ingin berhutang dendam, aku mahu maafkan segala apa yg kau telah lakukan...

setelah apa yg berlaku, jika diberi dua pilihan, "beri kemaafan atau jatuhkan hukuman" aku memilih kemaafan. semoga Allah merahmatinya...

Monday, March 21, 2011

krisis Timur Tengah: antara perang dan kebenaran

salam alaik..

sesempat tadi, aku mengodek laman sesawang, maka terjumpalah beberapa berita yg aku sendiri sedang mencari kebenaran.

Isu berkenaan krisis Timur Tengah, di Mesir telah berlaku kebangkitan rakyat menentang kerajaan, begitu juga dengan Tunisia, tidak terlepas beberapa kawasan di Timur Tengah menjadi sasaran rakyat bangkit menentang pemerintahan.. apa sudah jadi?

MESIR: rakyat menentang Hosni Mubarak, siapa dalangnya? dah bertahun dah Hosni Mubarak memerintah, hanya dengan melantik Naib Presiden dan seorang menteri yg di kata "bermasalah" menjadikan satu kebangkitan rakyat? logik kah? atau sudah ada racun2 yg sedang menunggu masa utk mengyengat?


LIBYA: rakyat bangkit menentang Muammar Gaddafi, ape yg Gaddafi buat sampai rakyat menentang mereka? lagi menarik penentangan terhadap Gaddafi merupakan satu puak yg terancang, mempunyai senjata yg canggih serta tersusun (organise) siapa yg bantu mereka dari belakang? beberapa kawasan (bandar penting, juga turut di rampas pemberontak),

- siapa yg patut bertanggungjawab dalam soal ini?


BAHRAIN, YAMEN, TUNISIA, ??

pernahkah anda tahu, mengapa Timur Tengah begitu PENTING?


1. Pusat Agama - hampir semua agama besar dunia dimulakan di sini. (Islam, Kristian, Yahudi)

2. pusat dunia - penghubung antara timur dan barat - Terusan Suez (di Mesir) dianggap jambatan kpd 3 benua, Afrika, Asia dan Eropa, sesiapa yg berjaya menguasai kws ini, akan dapat menguasai dunia dr segi politik dan perdagangan. sebab itulah Timur Tengah tidak akan aman.

3. sumber minyak dunia. di Timur Tengah ni, sumber minyaknya masih banyak dan menjadi rebutan para pihak2 kuasa Besar spt Amerika Syarikat, Britain, Perancis (dgn kata puak NATO). Kuasa-kuasa besar tiada pilihan kecuali mengukuhkan kedudukan mereka di sini.

kira2 lebih 200 ribu askar Amerika di Timur Tengah pada masa kini, pengkalan tentera pun ada jugak.

4. tidak stabil - Timur Tengah merupakan wilayah yg tidak akan pernah aman. selagi ada kuasa2 besar di Timur Tengah, selagi itu mereka akan merancanakan agenda utk menwujudkan "keamanan". Kuasa2 Besar seperti Amerika akan "menjadi Hero" dalam mewujudkan keamanan di Timur Tengah.

5. Peranan Amerika Syarikat. AS tidak mahukan ada pihak lain yg akan menjadikan kuasa baru di Timur Tengah yg tidak menurut "katanya".


Krisis di Timur Tengah benar2 membimbangkan AS kerana terdapat beberapa Pangkalan Tentera di Timur Tengah. Armada kelima (US Navvy) berada di Bahrain, AS telah menguasai beberapa negara di Timur Tengah (merupakan Boneka kepada AS). seperti Mesir (satelit Amerika di Timur Tengah),

sedangkan Krisis di Timur Tengah juga merupakan perancangan yg di buat oleh Amerika, sedangkan dalam masa yg sama AS juga merupakan pemerintah kepada boneka-bonekanya. AS menjadi duri kepada semua daging2 dan bila sampai masanya AS juga akan menjadi hero kepada Boneka-bonekanya.

apa yang membimbangkan Amerika ialah...sekiranya revolusi Rakyat di Timur Tengah itu menjadi seperti Revolusi ISlam Iran, maka ia merupakan satu beban yg cukup indah bagi Amerika Syarikat utk menanganggungnya.


Revolusi Iran (sila Klik sini) secara umumnya merupakan satu bantuk perjuangan berbentuk Agama dalam menentang kezaliman pemerintahan Shah Iran. Dalang kepada kebangkitan Rakyat di Iran adalah Amerika Syarikat, kerana AS sudah tidak mampu mengawal kezaliman regim Shah. namum kebangkitan Raykat pula tidak dapat di halang oleh AS, sehingga kini, Iran tidak menjalinkan hubungan dagangan dan politik dengan Amerika Syarikat. Iran juga terpaksa menghadapi sekatan ekonomi daripada AS.


Kini, tiba masa anda (para pembaca) utk menilai tentang kebangkitan Rakyat di Timur Tengah. Tentera Bersekutu (AS dan sekutunya) membedil Libya, itu tandanya Tentera Bersekutu dah tak suka pada Muammar Gaddafi.


setelah menulis, tibalah giliran pembaca utk menilainya.

sekian.

Saturday, March 19, 2011

jika ada kamu....beban bertambah...

salam alaik...

beberapa lama sudah ketinggalan dalam penghasilan entry baru, ari ni baru teringgin nak update blog yg banyak sawang ni...almaklumlah, tak de orang buang sawang2 kat blog ni...

nak dgr citer tak? eh salah...bace cerita berkaitan tajuk ni?

kisah ini berlaku sejak aku start kerja, biasa la, aku kan blajar jadi boss, jd banyak perkara la kena blajar dan memperaktikkan. sampai satu tahap..kekadang tak cukup kuasa nk marah, kekadang plak kena marah...kekadang terlebih marah...macam2

jd utk meringankan beban kerja para boses, maka aku pun mencarilah beberapa ramai pekarja yg boleh membantuku. hari pertama..ok, hari kedua oke..dah seminggu kerja..mula la, mengular sana-mengular sini...buat itu buat ini..

sampai satu hari ada la seorang pekerja ni bertanya... "bang, YS dah abis, camner ni?" aku pon jawab la..."kalau abis, pergi la tengok dalam store"

5 minit kemudian dia berkata lagi...soalan yg sama...kebetulan masa tu aku nk ke store, aku pon amek la barang tu n bg dy.... lantas aku cakap la..."len kali pergi la cari, jangan la cakap kat aku je..buat ape aku ada pekerja, kalau semua kerja aku je yg kena buat, baek aku tak perlu ada pekerja....PAHAM!!!"

budak tu muke pun berubah kena sebaris ayat...hmmm....

kekadang kite kena jadi lebih kejam dari perwatakan kite...hehe..

Wednesday, February 9, 2011

bile balik kampung...lain pulak storynya..

salam kembali...

aku dah balik rumah, bila sampai di kampung laman, banyak la perkara yg aku fikirkan. bukan berkaitan dengan family, tetapi tentang diri aku...di sini aku di besarkan, aku melihat sekeliling rumahku, ternyata banyak perubahan.

aku mengambil kameraku, ku lihat gmbr2 di dalamnya....tetiba terasa rindu pada kawan2 aku, aku dah lama tak contact mereka, apatah berhubung dengan mereka..hmmm..

kemudian aku membaca beberapa keping email..tidak berminat, lalu aku membuka fesbuk...jugak tak de yg menarik...lalu aku mencuba buka YM, kot2 ada kenalan yg boleh aku berhubung...maka aku dapat berhubung dengan zul, kawan lamaku itu, adeh, banyak pulak storynya...


aku rasa nk update story-mory yg baek punya...tapi tak terungkap lagi...

sepanjang aku kerja, ini merupakan kali kedua aku balik kampung stelah bekerja, lama jugak tak balik kampung laman, ehhe.

lepasni aku akan cuba update blog dangan lebih kencang lagi. aku cuba, bukan satu janji.. ok.. sekian...

cerita sebuah kehidupan 2

ini sekadar story

pagi2 lagi aku sudah bangun...sambil termenung, bukan memikirkan masalah kerja, tetapi memikirkan masalah kehidupan aku, aku bagai di landa sebuah musibah, hidup jauh di bumi orang, aku tidak ada panduan...berkali2 aku mengangkat phone dan cuba mendail nombor tertentu...berkali-kali aku cuba, tiada jawapan, hanya nada "turt...turt" saja kedengaran. aku memandang sekeliling, lalu kuluhan berat aku lepaskan, aku tidak menyangka aku akan tinggal di sini. bumi ini indah, tapi bukan milik aku, aku hanya menumpang di bumi Allah ini..

aku memandang ke luar tingkat, matahari belum keluar lagi, aku mencapai sehelai tuala lalu bergegas ke bilik mandi, sampai di sana, kelihatan seorang lelaki berbadan sasa memandang aku....dia menegur aku, "U are...." belum sempat dia menghabiskan kata-kata, aku menjawab memperkenalkan diri, kemudian aku berkata "im just now working here"... tetiba aku mati ayat...dah lama aku tak speaking.

setiba di tempat kerja, aku memulakan rutin harianku, setengah jam kemudian aku mendegar mereka sedang bising melakukan kerja, aku cepat2 melihat mereka...

ku sangka kan ape yg dah terjadi, rupanya mereka hanya bercanda...bercanda di pagi hari? tp gurauan mereka itu bukan tahap kebiasaannya manusia, ah, lantak la korang, buat la story ape pun, jgn cari pasal ngn aku sudah. aku bekerja di sini kerana Allah memberi ruang kepada aku untuk membimbing golongan yg ada di sini, tp mampukah aku beribadah dan membimbing mereka? sekali lagi aku menghembuskan nafas yg berat.


ketika matahari berganjak senja, aku terpandang jam di dinding, 4.45 ptg, lagi 15minit utk aku habiskan waktu. kemudian aku melihat rakan sekerja ku, salim menghentak-hentak komputernya dan berkata dgn suara yg kasar, "celaka betul, time ni la nak jadi masalah, pagi2 tak nak jdi" aku yg dari tadi melihatnya kemudiannya memberanikan diri utk bertanya masalahnya, pelahan-lahan aku bertanya "abg, knapa ni?" salam memandang aku, acuh tak acuh, "ni ni, komputer masalah" dengan sebuah senyuman, aku menghampirinya dan berkata, "nak sy tolong?"

setelah ku teliti, rupanya aku tidak dapat membantu, aku sekadar tersenyum tawar, maaf bang, sy tak dapat bantu, lalu aku meminta diri utk keluar dahulu. salim memandang aku berlalu pergi


di luar bangunan, kelihatan cuaca beransur mendung, semaking gelap, awan kelabu berarak menandakan hari bakal hujan, sekali lagi aku mendail no. di te telepon ku, namun tetap hampa, tiada sahutan di jawab. aku mencuba beberapa kali, sehingga kedengaran suara di telinga ku..."nombor yg anda dail, tidak dpt di hubungi, sila dail sekali lagi" cepat2 aku menekan butang merah, dalam hatiku bersarang sumpah seranah, "ada tepon tak mo angkat, lalu aku pun memikirkan positif, barangkali tak abis meeting?" sekadar menyedapkan hati.

setelah mencuba beberapa kali, aku dapat menghubunginya. barulah aku benar2 rasa senang hati. kemudian aku melangkah pelahan-lahan untuk pulang ke rumah.


hati ku senang, tetapi tidak tenang...apakah yg membuatkan aku tidak tenang? mampukah aku menghadapimya?

sila ikuti sambungannya pada episod akan datang

cerita sebuah kehidupan 1

ini sekadar story...

aku melihat sekeliling, terasa asing bagi ku... inilah kali pertama aku menjejak kaki di bumi Allah ini... ia sungguh berbeza dgn bumi ilmu, tempat tinggal aku dahulu... aku melihat sekeliling, ternyata tiada seorang pun yg aku kenali....lalu aku berjalan menyeberangi jalan...aku ke sebuah bagunan, di dalamnya hanya ada ruang menunggu, dalam hati aku, cepat2 aku menolak tanggapan, bahawa ini bukan tempat yg aku cari... lalu aku memberanikan diri bertanyakan pada pengurus tempat tersebut.

"maafkan sy, boleh sy bertanya....sy sedang cari sebuah bagunan yg sama nama dgn nama bagunan ini....atau hampir sama" lalu beliau menjelaskan, bahawa memg ada sebuah bagunan yg "sama nama" dengan bangunan ini, tdk jauh dari kawasan ini, maka dia pun menjelaskan cara2 ke sana. dengan hati yg senang, aku melangkah keluar...

tiba2 pengurus itu menyuruh pekerjanya menghantar aku ke destinasi aku....aku rasa cukup bertuah..lalu aku mengucapkan berbanyak terima kasih padanya...

perjalanan aku hanya sekejap sahaja, kerana pekerja itu paham selok belok kawasan ini, lalu aku smpai ke tempat yg di maksudkan...indahnya khbar lebih dari rupa...hmmm.. rupanya lebih indah dari khbr. sungguh menarik. aku akan tinggal di sini?


mampukah aku menghadapi sebuah kehidupan yg di kira baru?

Friday, December 24, 2010

semalam dan hari ini...

Kalau semalam ceritanya lain, hari ini ceritanya lain…..

Semalam aku hmpir tidak dapat bersabar dgn segelintir manusia…hari ini aku tidak dapat bersabar dengan manusia

Semalam aku spend time melayani segelintir manusia…hari ini aku melayani perasaan diri aku…

Semalam aku lepak kedai mamak, hari ini aku lepak dpn leptop...

Semalam aku tido lewat…hari ini aku bangun lewat…

Semalam aku gembira…hari ini tataw lagi… hehe

Semalam dan hari ini tak mungkin sama…

Eh, kejap…mane pergi marah aku tadi?

tak pe biarkan ia pergi....



Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails