sudah lama aku nk tulis entry baru, tapi sejak sehari dua ni aku sibuk dan banyak keja (mcm sama je) elok sangat la tu.
sesuatu yang baek itu bukan datangnya daripada tempat yang baek2..betul kah? kadang aku fikir tak betul la menda ni. ish3. tapi kadang terfikir benda-benda begini baek jugak. seperti kata orang, dalam 1000 orang baek2, ada jugak yang tak baek, dan dalam 1000 orang tak baek ada jugak yg baek. (betulkah ayat aku itu?)
semalam aku diperdengarkan sebuah ceramah yang cuba mengupas sebuah
kitab, al-Hikam, dalam kupasan-kupasannya penceramah itu cuba menekankan tentang peri penting kehidupan manusia di dunia ini utk menghambakan diri kepada Allah s.w.t. (sentap menusuk jiwa). dia juga berjaya mengupas tentang apa yang berlaku di dunia pada hari ni utk dijadikan panduan hidup.
dalam mukaddimahnya banyak menyentuh tentang isu semasa, seperti pemilikan Bom Nuklear oleh Israel, keinginan Israel utk membentuk Israel Raya (baru ku dengar), keinginan Israel utk menawan Dunia dan bandar utama orang2 Islam, dan satu ialah tentang Perang Suci. (kalau aku citer semua dalam satu entry ni, kompen xabis nk baca entry ni).
dalam banyak2 perkara...yang aku suka dengar ialah "kebanyakan kita sekarang ni tersesat di tengah jalan dan masih berpeluang utk kembali ke pangkal jalan".
p/s: jarang benar dapat dgr ceramah smpai touching mcm smlm.. (tetiba mcm nk insaf, tapi hati masih belum terbuka lagi)