Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Wednesday, April 29, 2009

Hadiah buat Kijang

Kelantan lawan MU, Liverpool Ogos ini:

KOTA BAHARU - Pasukan Kelantan akan beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak utama Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Liverpool sewaktu lawatan mereka ke Old Trafford pada Ogos depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan adanya dua perlawanan persahabatan itu, hadiah lawatan daripada Kafa kepada skuad negeri yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA bukan sekadar lawatan pelancongan semata-mata.

“Janji kepada ‘Wira Merah’ untuk dibawa ke Old Trafford akan tertunai tetapi mereka ke negara itu bukan soal melancong semata-mata kerana akan diadakan perlawanan dengan dua pasukan bola sepak itu sewaktu lawatan mereka nanti,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari pasukan bola sepak Kelantan bersama media di sini, semalam.

Lawatan itu akan disertai seramai 70 orang. 40 orang pemain Kelantan dan pegawai serta 30 penyokong bertuah melalui pakej istimewa yang disediakan.

“Meskipun pasukan kita belum mampu menamatkan kemarau 88 tahun untuk memenangi piala tetapi kita harap dengan hadiah ini semangat mereka tidak luntur untuk terus meraih kejuaraan dan memburu piala dalam perlawanan yang akan datang terutama Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal tiba nanti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (sisipan negeri)


fathiadha.blogsopt.com

8 comments:

[ MsHa ] said...

bagusla tu.. boleh belajar main dengan profesional.

bukan gado2 lagi.. boleh tgk ethic penonton dwg.. bukan merusuh2 lagi.

Fathi Adha said...

ha'ah, bg kijang belajar main kat luar negara ngn team pro...

pasti diorg pun leh jd pro klu pandai kawal emosi masa main...

kelantan sejak ak kecik lagi diorg main pastu gaduh...(biasanya kalah la gaduh), ari tu masa Final diorg tanak gaduh sbb duk tempat org ;),

tak pe lah biarkan mereka menjadi lbh hbt dr dlu..(lbh profesional la)

[ MsHa ] said...

tak perasan plak yg aku tak follow blog ko lagi

chyuki_senpai said...

hurmm, actually team mne yg mng ea tok liga malaysia ni??
s'ngor kn??

Fathi Adha said...

ini kesah piala FA..huhu

bukan kesah pasal liga malaysia... ni saje je nk bt gemik nk suh org puji negeri dia...huhu

selangor menang penentuan penanti (4-1) selepas seri 1-1 dgn kelantan...

chyuki_senpai said...

ea, sory la sy x bpe nk tau psal bola ni....
he3, wateva it is team mne yg mng pun i dont care, even s'ngor.
jgn mrh ea abg fathi ;p

Fathi Adha said...

ooo... ye ke, ingtkan saje bt2 gemik td...hehe, ape pun Kijang di beri hadiah berdasarkan kelayakan mereka ke Final piala FA..

ok, sy bkn marah..

chyuki_senpai said...

ooo, ic....
he2 jgn lyn blog je abg fathi, stdy dlu tok ppr esk.
he2

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails