Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Sunday, April 19, 2009

Persoalan Ikhlas....

ikhlas merujuk satu maksud yg sukar digambarkan...
merupakan satu perkataan yg bersifat abstrak, dlm erti falsafah bahasa, ikhlas menekankan makna, dalam erti kehidupan, persoalan ikhlas adalah puncak kekuatan dan keupayaann seseorang,

ikhlas akan memberikan satu pandangan nilai moral yg tinggi terhadap diri seseorang, namun sejauhmanakah keikhlasan itu dapat diuji atau dapat dibuktikan kesahihannya?? sejauhmanakah pendokong2 positivisme boleh menerima pengertian ikhlas?
dimana letaknya keihklasan ini? hati?? jiwa?? diri??

sekiranya ikhlas itu sejenis alat, di mana kegunaannya?
sekiranya ikhlas itu hanya perkataan, dimana maksudnya?
sekiranya ikhlas itu satu permainan, di mana peraturannya?
sekiranya ikhlas itu satu gurauan, di mana had atau limite nye
sekiranya ikhlas itu satu perbuatan, di mana penggunaannya?

itu adalah perkara yg menjadi persoalan dan sering dibangkitkan dalam membicarakan sesuatu yg bersifat abstrak....

bagaimana keihklasan itu dapat di uji kebenarannya?? sekirannya kita melihat pandangan golongan logikal positivisme, mereka membicarakan sesuatu makna ayat bergantung kepada ujian terhadap kesahihannya...maka tiada makna bagi perkataan yg tdk dapat diuji kesahihannya....

Bagaimana pula kita hendak mengenal pasti kesahihan kewujudan 'ikhlas' dalam diri kita?? bagaimana pula situasi2 berikut boleh menerangkan tentang soal keikhlasan?

situasi 1 :
Aman : jom makan, aku belanje ko hr ni....(dlm hatinya berkata, kalau dia tanak pun tak pe, tak abis duit aku)

situasi 2:
"nah amek ni", tapi jangan mintak lagi...

situasi 3:
"kalau aku g jumpa Mamat, kompon dapat singgit 2 nih"

adakah persoalan ikhlas boleh dimuncul dlm ayat di atas??

siapakah yang menentukan sesuatu perkara itu ikhlas?? diri kita?? atau siapa??

sekiranya pandagan Wittgenstein diambil kira, maka ikhlas itu hanya menjadi satu alat.... yang mempunyai fungsi dan kegunaan perkataan @ ayatnya.

Namun harus kita ingat, ikhlas itu datang dari hati...ikhlas itu bukan boleh di uji dgn ucapan shj, tetapi juga boleh diuji dengan tindak tanduk perbuatan individu, secara sedar atau tidak sedar, secara langsung atau tidak langsung...

Ikhlas itu hanya utk Tuhan yg Esa....

hanya tuhan sahaja boleh menilai sejauhmana keikhlasan seseorang hambanya itu...

Ubahlah niat, tekadkan hajat, kuatkan semangat, cekalkan hati...ikhlas itu ada dalam hati setiap insan yg bergelar Hamba-Nya...


pesanan khas buat semua...termasuk diriku.

fathiadaha.blogspot.com

2 comments:

Syabab.. said...

ikhlas bukan alat,bukan permainan,bukan perkataan mahupun perbuatan..ikhlas adalah satu tuntutan kerana hanya amal yg ikhlas akan mendapat kedudukan dan darjat yg tinggi disisinya..sebaliknya amal yg tidak ikhlas akan mengundang murka dan darjat yg paling rendah disisinya..oleh itu,belajarlah memahami ikhlas kerana ia mungkin tidak bermakna bg manusia tp sgt dipandang tinggi oleh Maha Pencipta..renung2kan dan selamat beramal..hehe

ad :) said...

ikhlas itu sesuatu yg sukar dilihat pada mata kasar...kerana ikhlas itu kelakuan melalui naluri...

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails