Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Wednesday, April 8, 2009

Rekod!

Rekod untuk dicipta atau dipecahkan??

itulah persoalannya... kalau nak cipta rekod, sape2 pon boleh cipta rekod tak kiralah sama ada rekod secara peribadi atau rekod secara universal atau rekod ape2 aje la...

Rekod yang aku cipta akan aku musnahkan dengan menjadikannya sebagai rekod baru. Rekod tidak tidur malam sudah mencapai tahap bosan dalam sejarah penciptaan. maka timbul lah pula rekod untuk menidurkan diri yang paling lama seperti yg dicatatkan pada last semester iaitu selama 13 jam....haha, tido secara maraton ke??? (tetapi bukannya 13 jam tanpa henti). masa tu aku mengalami ketidaksehatan tubuh yang amat sangat, sampai aku gagal menyiapkan ape2 kerja dalam tempoh 1 hari...huhu.

apa pun rekod yang dicipta pada hari ini adalah rekod tidak tidur sampai 2 hari.... sama ada secara 48 jam, 50 jam atau 60 jam... aku masih memikirkannya.

memikirkan sama ada perlu atau tidak untuk aku tido...

fathiadha.blogspot.com

7 comments:

nisachik said...

amboii..
ngalahkn brung antu nihh..
brung antu pon tido siang..
xpe2,,
cube truskn utk mencapai rekod x tido smiggu,,sbulan,,stahun,,dan,,,
hee~~

ChipSss MoRe said...

ish...klu seminggu xtido...lps 2 boleh la tido utk selama-lamanya...
huuhhuhuu

Anonymous said...

suka untuk berkongsi:

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah diberitahu bahawa aku pernah berkata: Aku akan beribadat di waktu malam dan akan berpuasa pada siang hari sepanjang hidupku. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkaukah yang telah berkata demikian? Aku berkata kepada baginda: Akulah yang telah berkata demikian wahai Rasulullah s.a.w! Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau tidak akan berkuasa melakukannya. Baginda menambah: Berpuasa dan berbukalah. Tidur dan beribadatlah di waktu malam. Berpuasalah tiga hari dalam sebulan kerana satu kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kebajikan yang menyamai berpuasa setahun. Lalu aku berkata kepada Rasulullah s.a.w: Aku mampu melakukan lebih dari itu. Baginda bersabda: Berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari. Aku berkata kepada baginda: Aku mampu berbuat lebih dari itu. Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah sehari dan berbukalah sehari. Itulah cara puasa Nabi Daud a.s dan puasa yang sederhana. Aku berkata lagi: Aku masih mampu berbuat lebih dari itu. Baginda bersabda: Tiada yang lebih baik dari itu. Abdullah bin Amru r.a berkata: Tentu saja aku terima berpuasa tiga hari sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w yang aku lebih cintai daripada isteri dan hartaku

Anonymous said...

jadi badan perlu rehat, jangan dilihat menzalimi badan, malam diciptakan untuk manusia rehat, juga untuk beribadah di pertengahan malamnya bagi yg memiliki iman yg teguh.

hidup kita diciptakan berpasangan siang dengan malam, jaga dengan tidur, dan begitulah seterusnya. Hmmm fikir-fikirkanlah!

Anonymous said...

Satu lagi hadith yg lebih jelas:

Hadis Anas r.a:
Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku

ChipSss MoRe said...

wahai anonymous yg menghantar komen di atas...siapakah diri anda, ingin aku mengenalimu...

izrin said...

saya bersetuju dengan anonymous...
kita tak boleh menzalimi orang lain, apatah lagi diri kita sendiri...
fikir-fikirkanlah sahabatku fathi...
ko kalau ye pun, jangan la sampai tak tido malam...ko kena rehat juga...
ko bukan robot nak bersengkang mata 24 jam...
agak-agak la kalau ye pun...

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails