Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, February 2, 2009

perjalananku bahagian 2

Perlis

Destinasi yang perlu dikunjungi!.

Perlis merupakan negari paling utara di Malaysia. Perlis terletak berhampiran dengan Thailand di sebelah Pantai Barat. Negeri Perlis, xde la besor sangat pun, tapi ada la tempat2 menarik untuk ke sana, kiranya tak sia2 la g perlis...hehe

walaupun negerinya paling kecil di Malaysia iaitu 795 km persegi, namun kunjungan ke perlis tidaklah sekecil negerinya. Perlis memeliki beberapa tempat yang menarik untuk dilawati dan diterokai. antara tempat tersebut ialah Taman Negeri Perlis, Gua Kelam 1 & 2, Gua Wan Burma, Padang Besar Ladang Harumanis, Ladang Anggur, Taman Ular, Taman Herba dan sebaginya.

Taman Negeri Perlis merupakan tempat yang tidak sia2 untuk anda melawat kerana taman Negeri Perlis memberikan anda kenangan yang tak dapat dilupakan. Taman negeri Perlis merupakan terdapat satu2 nya titik paling terutara di Malaysia iaitu titik sempadan antara Malaysia-Thailand di atas bukit. Di Taman Negeri Perlis, terdapat banyak spesis flora dan fauna yg kadang-kala xdapt nk dicari di tempat lain. oleh itu untuk merasakan penagalaman tersebut sendiri, maka perlulah anda menjejakkan kaki ke Taman Negeri Perlis.

Gua Wan Burma, merupakan sebuah gua batu kapur yg indah di mata, sejuk mata memandang, penat kaki melangkah, tp tetap puas hati. Wang Burma menjanjikan panorama gua Batu kapur yg indah. sekiranya anda ingin melangkah ke dalam gua tersebut, maka anda perlu membawa torchlight, tanpa torchlight anda tak perlu lah masuk kerana di dalamnya sungguh gelap dan kelam.

selain itu terdapat juga Gua Kelam, serupa dengan namanya, gua Kelam sungguh kelam dan gelap...tp jangan ler bimbang, dalam gua kelam ada lampu yg tersedia...so xde masalah sangat.

rasanya anda juga perlu melawat Kangar sebelum pulang, walaupun kt kangar xde menda yg menarik...tp pergilah sebagai amek syarat. selain itu anda juga perlu ke Padang Besar (Free Duty) memang barang murah. selain itu sebagai buah tangan, belilah harumanis untuk kawan2 anda atau sanak-saudara. manisnya memang terasa nak makan lagi... ala bukan mahal pun, 6-8 inggit je sekilo.

Sekian...

1 comment:

Anonymous said...

tahniah!! blog anda menarik untuk dibaca dan dikunjungi..

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails